Sunday, 9 April 2017

PENGENALAN

Pada dasarnya undang-undang jenayah Islam di Malaysia hanya meliputi ruanglingkup takzir. Hingga kini tiada sebarang undang-undang khas hudud mahupun qisas dilaksanakan walaupun terdapat usaha-usaha untuk melaksanakanya di Kelantan dan Terengganu satu ketika dulu. Malahan bidang kuasa jenayah mahkamah syariah juga amatlah terhad jika dibandingkan dengan Mahkamah Sivil.
            Sebelum adanya enakmen jenayah syariah negeri-negeri, undang-undang berkaitan dengan jenayah syariah kebanyakannya diperuntukan di bawah enakmen pentadbiran undang-undang Islam negeri-negeri. Dari aspek bidangkuasa jenayah, hukum maksimun yang diperuntukan di dalam enakmen-enakmen sebelum tahun 1965 hanya merangkumi denda sebanyak lima ribu atau penjara selama tempoh tidak melebihi 4 tahun atau kedua-duanya sekali. Had hukuman maksimum ini telah ditingkatkan pada tahun 1965 dengan denda seribu atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

            Pindaan pada Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) telah dibuat pada tahun 1984 dan setelah itu hukuman maksimum yang boleh dijatuhkan oleh mahkamah syariah ialah denda lima ribu atau penjara tiga tahun atau enam kali sebatan atau kombinasi mana-mana hukuman. Dengan itu, kebanyakan negeri telah memperkenalkan enakmen kesalahan jenayah syariah masing-masing.

            Pada tahun 1988 telah berlaku perpindaan di dalam Perlembagaan Persekutuan iaitu artikel 121 (1A) yang telah membawa kepada penambahaan kewibawaan Mahkamah Syariah. Mahkamah Syariah telah diberi kuasa ekslusif yang mana bidang kuasa Mahkamah Syariah tidak boleh dicampuri oleh Mahkamah Sivil.[1]

            Dari era sebelum merdeka hingga hari ini, kita telah menyaksikan beberapa pembaharuan dan perkembangan terhadap ruangkingkup undang-undang jenayah Islam di Malaysia. Secara umumnya undang-undang jenayah syariah ini boleh diklasifikasikan kepada beberapa jenis kesalahan. Kesalahan-kesalahan ini dapat dibahagiakan kepada kesalahan berhubung dengan seksual, minuman keras, akidah, kesusilaan, judi, rukun Islam, kesucian agama Islam dan institusinya, dan juga kesalahan-kesalahan lain.[2]


UNDANG-UNDANG DALAM JENAYAH ISLAM

Jenayah dalam bahasa Arab disebut dengan perkataan al-Jinayah atau al-Jarimah. Perkataan al-Jinayah ditakrifkan sebagai segala bentuk tindakan yang dilarang dan merosakan samada tindakan itu ke atas badan, harta atau sebagainya. Al-Mawardi mentakrifkan jenayah sebagai segala bentuk kesalahan menurut Syariah yang boleh dihukum berdasarkan hukum Allah samada ia adalah qisas, hudud atau ta’zir. Takrif ini cuba membezakan kesalahan yang boleh dihukum dengan kesalahan yang tidak boleh dihukum oleh pemerintah. Ini menjadikan skop jenayah adalah besar kerana semua kesalahan yang boleh dihukum oleh pemerintah menurut syara’ dianggap sebagai jenayah.

Islam menganggap jenayah satu kesalahan yang mesti dihukum kerana ia melanggar hak Allah dan hak manusia atau makhluk lain. Islam memandang tinggi kemulian agama, nyawa, akal, harta dan maruah. Pencabulan kepada lima perkara ini adalah jenayah yang perlu dihukum. Untuk mejadikan sesuatu tindakan itu dianggap jenayah, ia perlu memenuhi elemen-elemen berikut yang ditetapkan.

Elemen-elemen yang telah tertulis ialah elemen perundangan ialaitu peruntukan yang jelas melarang tindakan jenayah itu dan menjadikanya sebagai kesalahan yang boleh dihukum. Selain itu elemen tindakan iaitu melakukan tindakan yang menjadi kesalahan itu, manakala elemen kelayakan iaitu melihat kepada umur, keupayaan dan tanggungan penjenayah berkenaan.[3]

Undang-undang Islam membahagikan jenayah kepada tiga pembahagian utama berasaskan kepada hukuman yang dikuatkuasakan iaitu qisas dan diyat merupakan hukuman berkaitan dengan hak individu mangsa atau walinya. Umpamanya setelah hakim mendapati seseorang itu bersalah kerana membunuh, wali mereka boleh meilih samada untuk meneruskan hukuman qisas atau menggantikannya dengan diyat atau memaafkan. Kemudian hukuman hudud iaitu hukuman yang berkaitan dengan hak Allah yang ditetapkan dengan jelas di dalam Al-Quran dan As-Sunnah. Hudud melibatkan kesalahan zina, qazaf,mencuri, hirabah, minum arak dan murtad. Hukuman hudud ini kekal dan tidak boleh diubah sehingga hari kiamat. Dan akhir sekali ialah hukuman ta’zir iaitu hukuman selain dari hudud dan qisas. Hukuman bagi kesalahan dibawah ta’zir ini ditentukan oleh pemerintah atau hakim sesuai dengan suasana, penjenayah, kesalahan dan faktor lain.[4]


DEFINISI PELACURAN

Pelacuran adalah antara profesion yang tertua didunia. Dengan tanpa kita sedari sendikit pelacuran ini telah melebarkan di Negara kita ini dengan selarinya perkembangan spa-spa eksekutif, pusat pelacuran atau rumah-rumah urut yang menyediakan khidmat seks ini. Tempat-tempat ini menjadi kunjungan lelaki hidung belang bagi melampiaskan nafsu mereka dengan bayaran-bayaran tertentu mengikut tempoh masa tertentu.[5]

Pelacur diambil dari kata dasarnya lacur yang membawa maksud buruk laku, sundal (perempuan) melacur melakukan persetubuhan secara haram dengan tujuan mencari wang, manakala pelacur ialah perempuan jalang, dan pelacuran pula membawa maksud perihal (perbuatan) melacurkan diri atau menjual diri, segala makna yang dirikan diambil dari kamus dewan bahasa dan pustaka edisi keempat.[6]

Selain daripada itu, pelacuran berasal dari bahasa Latin iaitu pro-stituere atau pro-stauree yang bererti membiarkan diri berbuat zina, melakukan persundalan dan percabulan. Maksud  lainnya pula, pelacuran adalah penjualan khidmat seksual, seperti seks oral atau hubungan seks, dan biasanya dilakukan kerana wang, namun kadang-kadang juga dadah, barang kemas ataupun hartanah. Seseorang yang melacurkan diri disebut sebagai pelacur dan ia merupakan seorang perempuan.[7]

Tambahan pula, mengikut bahasa dari segi undang-undang akta 599, akta kesalahan jenayah syariah (wilayah-wilayah persekutuan) 1997 bahagian IV (kesalahan yang berhubung dengan kesusilaan) seksyen 21, kesalahan pelacuran bermakna mana-mana individu yang melacurkan dirinya ataupun melacurkan atau membenarkan atau menyebabkan anak-anak atau isterinya ataupun kanak-kanak dalam jagaannya. Mana-mana orang yang terbukti melacurkan diri akan di denda tidak melebihi lima ribu atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan ataupun kombinasi.[8]


PELACURAN MENURUT HUKUM ISLAM

                Pelacuran adalah mempergunakan anggota badan sendiri sebagai alat pemuas seksual untuk orang lain bagi mencapai keuntungannya. Berbeza dengan penzinaan yang mana ertinya berhubungan seksual yang dilakukan atas dasar suka sama suka.

            Sumber-sumber primer fiqh, seperti Al-Quran dan Hadis, difahami tidak banyak mengungkapkan penyebutan secara langsung. Sekalipun sebenarnya ada ayat yang sudah mengarah pada pelarangan ‘tindak pemaksaan’ dalam persoalanan seksual, sekalipun memberikan perlindungan terhadap korban kekeerasan seksual.[9]


 Allah S.W.T  berfirman dalam Al-Quran pada ayat 24 Surah An-Nisa:

 
Maksudny: “Dan (diharamkan juga kamu berkahwin dengan) perempuan-perempuan isteri orang, kecuali hamba sahaya yang kamu miliki. (Haramnya Segala Yang tersebut itu) ialah suatu ketetapan hukum Allah (yang diwajibkan) atas kamu. dan (sebaliknya) dihalalkan bagi kamu perempuan-perempuan yang lain daripada yang tersebut itu, untuk kamu mencari (isteri). Dengan harta kamu secara bernikah, bukan secara berzina. kemudian mana-mana perempuan yang kamu nikmati percampuran dengannya (setelah ia menjadi isteri kamu), maka berikanlah kepada mereka maskahwinnya (dengan sempurna), sebagai suatu ketetapan (yang diwajibkan oleh Allah). dan tiadalah kamu berdosa mengenai sesuatu persetujuan yang telah dicapai bersama oleh kamu (suami isteri), sesudah ditetapkan maskahwin itu (tentang cara dan kadar pembayarannya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.”
                                                                                                                     (Surah An-Nisa’ : 24)[10]


                Ayat ini setidaknya mengisyaratkan kepada dua hal; yang pertama upaya untuk melarang segala bentuk pemaksaan dan eksploitasi sekssual, kedua dukungan dan dampingan terhadap mangsa eksploistasi seksual agar boleh kembali menjadi aman dan percaya diri. Penzinaan dan perkosaan Islam dalam berbagai ayat Al-Quran mahupun hadis melarang penzinaan. BAhkan keimanan orang yang berzina itu dicabut dari dadanya. Seperti yang dinyatakan oleh Nabi S.A.W didalam hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin ‘Abbas ra.[11]

Ertinya: “Seseorang yang penzina, ketika ia berzina, bukanlah orang yang mu’min”.

                                                                                 (Hadis Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)[12]

Penzinaan adalah perbuatan hubungan kelamin yang dilakukan di luar perkahwinan yang sah. Unsur utama dalam perbincangan zina adalah perbuatan jima’ diluar pernikahan. Penzinaan mungkin boleh dikatakan landasan awal bagi hal perkosaan, tetapi tidak bagi perkosaan, ia tidak boleh menjadi sebab penzinaan.

Tindakan perkosaan memiliki unsur tambahan dari sekadar hubungan kelamin, iaitu pemaksaan dan kekerasan yang sering mengakibatkan trauma yang berpanjangan bagi si mangsa. Masalah perkosaan pernah terjadi pada zaman Nabi Muhammad S.A.W, seperti terungkap dalam hadis yang diriwayatkan Imam Turmizi dan Abu Dawud dari sahabat Wail bin Hujr ra[13].
Ertinya : “Suatu hari perempuan pada zaman Nabi S.A.W yang keluar rumah hendak melakukan solat di masjid. Di tengah perjalanan, ia terjumpa seseorang lelaki yang mengodanya, dan memaksanya (dibawa ke suatu tempat) untul berhubungan intim. Wanita tersebut menjerit dan setelah selesai memperkosa, lelaki berkenaan lari. Kemudia lewat beberapa orang Muhajirin, ia mnegarahkan “Lelaki it telah memperkosa saya”. Lalu mereka mengejar dan menangkap lelaki tersebut yang diduga telah memperkosanya. Ketika dihadapkan kepada perempuan tersebut, ia berkata “Ya ini orangnya”.

Mereka dihadapkan kepada Rasulullah S.A.W. Ketika hendak dihukum, lelaki berkenaan berkata “ya rasulullah, saya yang melakukannya”. Rasulullah berkata kepada perempuan tersebut “pergilah Allah telah mengampunkan kamu:. Lalu kepada lelaki tersebut Nabi nyatakan suatu perkataan baik dan memerintahkan “Rejamlah”. Kemudian berkata “Sesungguhnya ia telah bertaubat yang kalau saja taubat itu dilakaukan seluruh pendudukan Madinah nescaya akan diterima”.

                                                                                    (Riwayat Imam Turmizi dan Abu Dawud)[14]

            Dalam riwayat Imam Bukhari dari Malik dari Nafi’mawla Ibn ‘Umar ra berkata: “Bahawa Shafiyyah bin Abu Ubaid mengkhabarkan; “Bahawa seorang budak lelaki berjumpa dengan seorang budak perempuan dan memaksanya berhubungan intim, maka Khalifah ‘Umar menghukumnya dengan cembilan, dan tidak menghukum si perempuan”.
                                                                                                                 (Riwayat Imam Bukhari)[15]

DALIL-DALIL BERKAITAN DENGAN PELACURAN

Saat ini kita hidup dalam zaman yang amat terbuka. Bahkan kerana terlalu terbukanya pergaulan dalam masyarakat, nilai-nilai agama pun mulai ditinggalkan. Lihat sahaja sekarang dengan mudah kita dapat menemukan berbagai kemaksiatan di sekitar kita. Bahkan hal-hal yang menjurus pada perbuatan zina terpampang di sekitar kita.

Masyarat seakan-akan berlumba dalam hal ini. Begitu banyak wanita-wanita yang mempertontonkan kemolekan tubuhnya secara bebas, hubungan dengan lawan jenis melewati batas, dan banyak lagi hal-hal yang membuat perzinaan seakan-akan menjadi seseuatu yang wajar sahaja. Ditambah lagi dengan lemahnya iman dan ilmu agama yang dimilik, sehingga membuat perzinaan semakin bermaharajalela.[16]

Padahal, jelas-jelas Islam telah melarang kita untuk melakukan perbuatan zina. Jangankan melakukan, mendekatinya sahaja sudah tidak boleh. Tentunya perintah untuk tidak mendekati dan melakukan kesalahan ini bukan lah tanpa sebab. Perbuatan ini merupakan perbuatan yang keji, yang dapat mendatangkan kemudharatan bukan hanya kepada pelakunya, namun juga kepada orang lain.
Banyak sekali dalil-dalil dari Al-Quran mahupun Hadis yang menyebut tentang larangan perbuat ini. Antaranya ialah:[17]

DALIL MENURUT AL-QURAN

Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Israa’ ayat 32
   
Maksudnya: “Dan janganlah kamu menghampiri zina, Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)”.
                                                                                                                      (Surah Al-Israa’ :32)[18]

Dalam hal ini sangat ditegaskan bahawa kita dilarang mendekati zina apatah lagi melakukannya, kerana zina itu merupakan perbuatan yang tidak baik dan merupakan jalan yang buruk. Dan hukuman yang setimpal keatas orang yang melakukannya.[19]

Firman Allah S.W.T didalam surah An-Nur ayat 2:

Maksudnya: “Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat, dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya Dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.”
                                                                                                                           (Surah An-Nur :2)[20]
Jelas menunjukan setiap orang-orang lelaki dan perempuan yang melakukan penzinaan maka akan diazab di neraka nanti, hal ini seperti tercantum pada ayat yang menjelaskan hukuman terhadap mereka yang melakukan penzinaan. Sesungguhnya perbuatan ziana ini sangat tidak disukai oleh Allah S.W.T dan Allah S.W.T telah menyiapkan siksaan terhadap mereka diakhirat kelak.[21]

DALIL MENURUT HADIS

Selain dalil menurut Al-Quran, terdapat juga beberapa hadis yang berkait dengan pelacuran. Dalam riwayat Bukhari dari Abu Hurairah ra :
Maksudnya: “Seorang wanita pelacur diampuni. Dia melintas seekor anjing dibibir perigi yang sedang menjelirkan lidahnya. Nabi S.A.W bersabda, “Ia hamper mati kerana haus. Lalu wanita itu menanggalkan kasutnya dan mengikat dengan tudungnya dan menimba air dengannya untuk anjing itu. Dia diampuni kerananya”.
                                                                                                                        (Riwayat Bukhari)[22]

Hadis tentang wanita pelacur yang diampuni kerana memberi minum anjing diriwayatkan dalam Kitab Bad’il Khalqi, bab jika lalat jatuh ke bejana salah seorang dari kalian, 6/359 no.3321. Adapun wanita yang memberi minum anjing, lalu dosanya diampuni, dia adalah salah seorang pelacur Bani Israil yang melacur sebagai kerjaya dan sumber pendapat. Wanita ini diampuni dosanya oleh Allah kerana sikap belas kasihanya itu.[23]

HUKUMAN YANG DITETAPKAN KEATAS PELACUR

Kegiatan pelacuran memang sukar dihapuskan dengan alasan selagi ada pelanggan. Begitu juga sebaliknya, jika ada orang yang mahu menjadi pelacur. Namun, masih ada penyelesaian yang boleh dilakukan untuk membanteras kegiatan itu yang turut membabitkan kanak-kanak. Ia seperti saranan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia dalam Laporan Perdagangan Wanita dan Kanak-kanak supaya pelangganyang mendapat perkhidmatan pelacur dihukum.

Laporan Perdagangan Wanita dan Kanak-kanak yang dilancarkan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), baru-baru ini, turut membangkitkan isu menarik yang perlu diberi perhatian sewajarnya iaitu menghukum pelanggan yang mendapatkan perkhidmatan pelacur. Menurut Suhakam, pada masa ini, tiada undang-undang yang menetapkan hukuman terhadap mereka yang menerima perkhidmatan daripada pelacur. Hal itu, dibangkitkan apabila polis menemui 19 wanita China pada 24 Februari 2004, ada 261 lelaki atau pelanggan di premis hinuran itu. Bagaimanapun, tidak seorang daripada mereka didakwa atau ditahan kerana mendapatkan perkhidmatan daripada wanita yang ditahan itu.

Selain gesaan Suhakam agar kerajaan menggubal Enakmen Antiperdagangan Manusia bagi membela mangsa jenayah perdagangan wanita dan kanak-kanak, ia turut membangkitkan persoalan kenapa tiada undang-undang yang menghukum pelanggan kepada pelacur. Tetapi tiada penguatkuasaan menyebabkan mereka yang sepatutnya dihukum atas perbuatan jenayah yang dilakukan terlepas bebas begitu sahaja.[24]

Mengikut Seksyen 23 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997, sesiapa yang melakukan persetubuhan (zina) dengan perempuan yang bukan isterinya yang sah, sabit kesalahan boleh didenda RM5,000 atau penjara tiga tahun atau disebat tidak lebih enam sebatan.

Seksyen 24 akata yang sama pula menyatakan, sesiapa yang melakukan perbuatan sebagai persediaan melakukan persetubuhan luar nikah boleh didenda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya.

Pensyarah Kuliyyah Undang-undang, Ahmad Ibrahim Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Zulfakar Ramlee, berkata akta sedia ada membolehkan mereka yang mendapat perkhidmatan atau terbabit dalam jenayah pelacuran dihukum. Bagaimanapun, untuk mensabitkan pelanggan dengan kesalahan zina agak sukar kerana mahkamah mengkehendaki empat saksi sebagai bukti atau cara lain adalah melalui ikrar (pengakuan) pesalah sendiri.

Oleh itu, lelaki Islam yang ditahan atau ditangkap di premis sememangnya diketahui ada menyediakan perkhidmatan seks boleh disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 24 akta berkenaan. Sukar untuk mensabitkan pelanggan pelacur dengan kesalahan zina, tetapi mereka masih boleh didakwa kerana membuat persediaan melakukan persetubuhan luar ikatan pernikahan yang sah. Melainkan mereka boleh membuktikan bahawa mereka ke sana dengan sebab lain, sebagai contoh untuk membaiki paip atau membuat pendawaian elektrik. Jika betul ke sana untuk kerja dengan peralatan sekali, alasan itu, diambil kira.

Tetapi, jika sewaktu operasi terdapat pil Viagra atau kondom, jelas buktinya. Jika anda berada di tempat pelacuran, tujuannya untuk apa, mesti melakukan seks dengan pelacur, melainkan boleh buktikan sebaliknya.

Dr Zulfakar juga mengatakan bahawa, pesalah boleh didakwa mengikut seksyen 35, sebagai pihak yang mendorong atau menggalakan maksiat dan boleh didenda hingga RM5,000 atau penjara atau kedua-duanya. Tanpa ada pelanggan, seseorang itu tidak menggalakkan kegiatan maksiat, sebaliknya apabila mereka pergi melanggan, mereka adalah dalang kepada jenayah zina dan patut dihukum.[25]

Selain pelanggan, lelaki dan wanita Islam yang menjadi orang tengah (bapa atau ibu ayam) boleh didakwa mengikut Seksyen 22 Akta Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997. Jika sabit kesalahan, mereka yang bertindak sebagai muncikari boleh didenda RM5,000 atau penjara tiga tahun atau enam sebatan atau gabungan mana-mana hukuman.

Ibu atau bapa ayam yang bukan Islam juga boleh didakwa atas kesalahan sama mengikut Seksyen 372, 372A, 372B, Kunun Kuseksaan, manakala tuan punya premis dijadikan tempat pelacuran boleh dihukum mengikut Seksyen 373 akta yang sama.[26]

Perbuatan-perbuatan ini selain salah disisi moral, adat serta budaya timur ianya secara jelas berlawanan dengan kehendak agama kerana ianya mengundang kepada perzinaan. Perzinaan adalah sesuatu yang jelas diharamkan oleh agama kita dan jelas ianya banyak mengundang kepada penyakit-penyakit berjangkit seperti berjangkit seperti siflis malahan lebih buruk kepada menularnya penyakit AIDS. Selain itu juga perbuatan perzinaan ini juga salah dari segi undang-undang di Negara kita.[27]

Tidak susah untuk membanteras jenayah pelacuran yang mendorong kepada berlakunya kes penyeludupan wanita dan kanak-kanak warga asing kerana peruntukan jelas dari segi undang-undang sudah ada. Apa yang menjadi persoalan kenapa undang-undang tidak dikuatkuasakan sebagai bukti bahawa kita bersungguh-sungguh ingin menghapuskan pelacuran dan menyelamatkan wanita yang terjebak dalam dunia keji itu. Tidak banyak serbuan dibuat di tempat yang dilabel sebagai sarang pelacuran. Yang ditangkap kerana kesalahan kurung orang dijadikan hamba seks, bukan buru pelacur sekiranya pesalah ditangkap.Hal ini tidak seharusnya berlaku, pihak penguatkuasaan perlu cari penzina dan mendapatkan maklumat serta pergi ke tempat yang sudah dikenal pasti. [28]

Sekiranya polis membuat serbuan dan terjumpa kes membabitkan kesalahan syariah, pihak polis boleh memananggil orang Jabatan Agama Islam untuk tindakan lanjut dan menunjukan kesungguhan kita membanteras perzinaan. Sekiranya sewaktu serbuan untuk penyeludupan wanita  dijalankan, terdapat pesalah lelaki, pihak yang bertanggung jawab tidak boleh memejamkan mata melepaskan pesalah terbabit kerana pesalah lelaki tersebut juga kerana peruntukan jeals dari segi undang-undang sudah sedia ada.[29]

Bagi mereka yang terlibat dengan aktiviti ini tidak kira samada golongan lelaki mahupun golongan wanita yang memberikan khidmat seks tersebut, perbuatan-perbuatan ini adalah menjadi suatu kesalahan jenayah syariah di Negara kita ini. Kesalahan-kesalahan ini melibatkan kesalahan moral dan individu yang melakukan kesalahan ini apabila tertangkap mereka boleh didakwa.[30]

Justeru, Dr Zulfakar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Undang-undang dan Pelaksanaan Syariah, Pertubuhan Jemaah Islam Malaysia (JIM), menggesa semua pihak mengambil langkah proaktif terhadap usaha membanteras perzinaan yang makin berleluasa. Masyarakat, perlu diberitahu bahawa perbuatan zina adalah punca kepada masalah sosial seperti perceraian, keruntuhan institusi keluarga selain mendatangkan penyakit berbahaya.

Islam mempunyai cara yang jelas untuk membanteras jenayah pada peringkat awal sebelum ia merebak menjadi barah. Ia boleh dijayakan melalui penguatkuasaan undang-undang yang ada. Cara Islam yang dilakukan bagi membanteras adalah dengan menyuruh kita tutup pintu maksiat. Jika suami tidak pergi berjumpa pelacur, isteri selamat, anak-anak juga tidak berhadapan dengan masalah ibu bapa bertengkar atau bercerai-berai. Tetapi, jika kita tidak tutup pintu maksiat, maka masalah lain akan timbul, penyakit berbahaya merebak dan kes mahkamah kian meningkat. Jelaslah yang perlu dilakukan ialah menutup pintu maksiat, semuanya selamat.[31]


HUKUM MENGGUNAKAN HARTA HASIL DARI PELACURAN

Islam mengajarkan kepada kita agar memberikan hukuman kepada siapa pun yang bersalah sesuai dengan kadar kesalahannya. Dalam hal peristiwa yang termasuk dalam kategori proximate cause’ ‘penyebab dominan’. Maka tentu hukuman atau yang bertanggungjawab atas akibat kerugian yang muncul adalah dominan dalam penyebab terjadinya hal tersebut. Kerana itu, disini dituntut keadilan dan kearifan dalam melihat duduk persoalan suatu peristiwa, harus bias melihat secara jernih dan bersikap “tengah-tengah”, dan mampu melihat siapa yang sebenarnya paling bertanggung jawab atas terjadinya musibah. Allah berfirman[32]

Maksudnya: “Dan demikianlah (sebagaimana kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), kami jadikan kamu (Wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu.”
                                                                                                                 (Surah al-Baqarah: 143)[33]
  
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu”.
                                                                                                                     (Surah an-Nisaa’: 29)[34]

Allah juga berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 188:
   
Maksudnya: “Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).”
                                                                                                                (Surah Al-Baqarah: 188)[35]

Dalam mentafsirkan ayat ini, Imam Qurtubi dalam Tafsir al-Qurthubi (II/238) berkata. “Kihthab ayat ini mencakup semua umat Muhammad S.A.W. Maksudnya jangan sebahagian dari kamu memakan harta sebahagain dari yang lain tanpa hak. Termasuk kategori ayat ini ialah perjudian, penipuan, ghasab, menolak hak, melakukan sesuatu yang tidak disenangi pemilik harta, atau diharamkan syariah walaupun disenangi pemilik harta, seperti wang hasil pelacuran, pemberian kepada dukun, hasil daro penjualan minuman keras dan khinzir dan lain sebagainya. Tidak termasuk dalam hal ini, ketertipuan, di mana penjual mengetahui hakikat barang yang dijual, kerana ketertipuan itu seolah-olah pemberian.”[36]


Menjual sesuatu yang cara memperolehnya haram maka hukumnya adalah haram. Syeikh al-Qardawi mengatakan bahawa apa pun kebiasaan yang berlaku, jika membawa kepada perbuatan maksiat, maka dilarang dalam Islam. Atau ada sesuatu yang bermanafaat bagi manusia tetapi sesuatu itu termasuk barang yang haram atau kemaksiatan, maka membelinya atau memperdagangkannya jatuh hukum haram. Contohnya menjual khinzir, minuman keras, patung salib, membuka karaoke, atau menjual diri (pelacuran) dan sebagainya. Kerana memperdagangkan barang-barang tersebut dapat menimbulkan perbuatan-perbuatan maksiat, dapat membawa orang berbuat maksiat dan mempernudahkan juga mendekatkan manusia menjalankan maksiat.
Kerana Rasulullah S.A.W bersabda ;[37]

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan Rasul-Nya telah mengharamkan memperdagangan arak, bangkai, khinzir dan patung”.
                                                                                            (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)[38]

GANGGUAN SEKSUAL MENURUT PERSPEKTIF ISLAM
Perbuatan mungkar dan maksiat adalah faktor perosak diri individu, keluarga dan masyarakat. Ia boleh menjejaskan matlamat hidup manusia iaitu untuk mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat. Hal ini berikutan seorang yang melakukan perbuatan mungkar secara langsung meninggalkan ibadat dan ibadat adalah tiang bagi memperoleh kejayaan. Manusia perlu menggunakan akal fikiran yang dikurmiakan Allah bagi mencari cara hidup yang menepati ajaran Islam. Al-Quran dan hadis sebagai sumber rujukan utama untuk tujuan itu.[39]


            Isu-isu seksual seperti zina pelacuran, berdua-duaan sesame muhrim serta bercumbuan tanpa ikatan yang sah adalah kesalahan yang dipandang serius dalam Islam. Islam amat menjaga perkara berkaitan seksual ini kerana ia memberi kesan kepada lima tujuan utama hukum Islam iaitu, menjaga agama, nyawa serta maruah diri, harta benda, akal, dan keturunan. Hukum Islam bertujuan memastikan umat Islam mendapat perlindungan daripada bahaya maksiat ataupun jenayah dengan menguatkuasakan undang-undang jenayah sesuai dengan kesalahan yang dilakukan. Hukuman jenayah dalam Islam termasuklah hudud. qisas dan takzir. Tujuan utama melaksanakan undang-undang jenayah Islam adalah kerana hukuman yang setimpal akan dikenakan kepada pelaku jenayah. Pelaku jenayah itu juga akan mendapat pengajaran melalui proses pemulihan dan bimbingan. Ia juga dapat memberitahu orang ramai supaya beraspada dengan gejala jenayah dan menjauhinya. Kesan daripada pelaksanaan hukuman ini adalah perbuatan jenayahdapat dihapuskan atau dikurangkan dan ini membawa masyarakat berada dalam keadaan aman dan maju.[40]

                Dalam kitab Bidayah al-Mujtahid wa Nihayah al- Muqtasid, Ibnu Rusyd menbahagikan jenayah kepada empat kategori. Yang pertama ialah jenayah ke atas tubuh badan dan nyawa, yang kedua jenayah ke atas harta benda, yang ketiga adalah jenayah keturunan dan yang ke empat ialah jenayah keatas maruah dan kehormatan.

            Bagi kesalahan gangguan seksual, Islam melihat perbuatan itu mencemarkan maruah dan nama baik Islam sebagai agama yang menjamin keselamatan, keharmonian dan keamanan individu dan masyarakat. Ia seharusnya dikenakan hukuman takzir bagi menjaga hak Allah untuk kepentingan awam serta hak individu. Hukuman takzir ditentukan oleh pemerintah. Ia tidak ditetapakan dalam Al-Quran ataupun hadis tetapi diputuskan oleh pemerintah. Ia dibuat dari masa ke semasa demi menegakkan kesucian dan keadilan Islam. Ia juga dapat memenuhi tujuan pencegahan, pengajaran dan penguatkuasaan perundanagn Islam.[41]


HIKMAH LARANGAN PELACURAN
Jelas berdasarkan pandangan agama. Hikmah, faedah dan kelebihan ke atas pengharaman pelacuran ialah untuk mencegah berlakunya maksiat dan penzinaan yang bukan sahaja mencemarkan agama tetapi kelurga, dan masyarakat setempat. Sebagai upaya untuk menciptakan kehidupan rumah tangga yang harmonis. Selain dapat memelihara kesucian jasmani dan rohani secara baik dan terhormat. Dapat menjaga kesihatan jasmani dari berbagai penyakit yang membahayakan kehidupan. Disamping dapat menciptakan generasi yang baik, bersih, dan suci lahir dan batin. Juga yang paling utama dapat menjadikan kehidupan masyarakat terbebas dari fitnah-fitnah, dan laknat Allah S.W.T.[42]

            Sekain daripada itu, terdapat juga beberapa manfaat menjauhi pergaulan bebas dan larangan melakukan pelacuran. Antaranya ialah terhindar dari penyakit kelamin, yang mana berlaku jika melakukan persetubuhan dengan lebih daripada seorang teman seks ialah semasa melakukan persetubuhan mungkindijangkiti oleh penyakit yang merebak dari seorang kepada seorang yang lain. Terhindar daripada penyakit AIDS yang mana penyakit ini boleh membawa maut. AIDS ialah singkatan bagi Acquired Immune Deficiency Syndrome ( Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit). Penyakit ini sangat berbahaya ini disebabkan oleh sejenis virus. Virus berkenaan merosakan sel darah putih (sel penolong T) yang melindungi seseorang daripada jangkitan.

Disamping itu  manfaat yang paling besar sekiranya menjauhi perbuatan seks bebas (pelacuran) ialah terhindar daripada dosa, juga menjaga nama baik keluarga dan aib memalukan serta bersih jiwa dan raga.[43]
     

KESIMPULAN
Undang-undang syariah Negara kita sudah memadai untuk mendakwa individu-individu yang terlibat secara langsung dengan aktiviti-aktiviti yang tidak bermoral ini. Sehinggakan Mahkamah Syariah boleh mengenakan hukuman sebatan terhadap individu-individu yang terlibat dengan kesalahan persetubuhan haram ini tanpa mengira individu tersebut lelaki mahupun perempuan selain daripada hukuman denda serta penjara sebagai pengajaran.

            Sewajarnya kita sebagai umat Islam harus sensitive terhadap perkara yang berhubung dengan sebarang aktivi yang melibatkan perzinaan ini. Ini adalah kerana isu seperti jelas bahawa mereka ini sengaja melibatkan diri kepada perzinaan. Selain itu juga sebagai umat Islam sewajarnya kita membendung sebarang bentuk aktiviti melibatkan perzinaan ini yang semakin berleluasa dari hari kesehari dengan membiarkan orang Islam terlibat secara langsung dengan aktiviti perzinaan ini.

Bagi yang terlibat secara langsung dengan aktiviti seperti ini insaflah dan kembalilah kepada jalan yang benar jalan yang dirahmati oleh Allah. Pintu taubat masih terbuka luas dan sewajarnya perkara-perkara seperti ini dihindari kerana ianya tidak menguntungkan kerana kesedapan yang dinikmati adalah sesaat tetapi penyesalannya adalah seumur hidup. Walaupun mungkin seseorang itu boleh lepas daripada tindakan penguatkuasaan lepas daripada tindakan penguatkuasaan undang-undang kerana aktiviti-aktiviti agak sukar dikesan oleh pihak berkuatkuasa agama kerana mereka ini dilaporkan oleh media menggunakan pelbagai taktik untuk mnegaburi pandangan mata orang ramai dengan melakukan pelbagai jenis penyamaran yang memungkinkan kegiatan mereka ini tidak dapat dihidu oleh orang sekeliling atau pihak berkuasa. Namun begitu ingatlah bahawa Allah Maha Melihat dan Mengetahui perbuatan hamba-hambanya.




RUJUKAN
1.      Al-Quran, Resm Uthmani
2.      Undang-undang Gangguan Seksual di Malaysia, Ahmad Shamsul bin Abd Aziz, cetakan 2007, Terbitan PTS.
3.      Gejala Sosial Dalam Masyarakat Islam; Punca dan Penyelesaian, Ahmad Redzuan Mohd Yunus, cetakan keempat 1999, Terbitan Seri Bumi.
4.      Ansuransi Syariah (Life and General) Konsep dan Sistem Operasional, Ir. Muhammad Syakir Sula, cetakan 2001, Terbitan Purnama Gemilang.
5.      Wanita Status Sosial dan Undang-undang Islam, Prof Madya Datin Dr. Paizah Hj. Ismail, cetakan pertama tahun 2014, Terbitan Telaga Biru.
6.      Syariah dan Undang-undang Suatu Perbandingan, Zaini Nasohah, cetakan keempat 2005, Terbitan HIjau Bumi.
7.      Hikmah Menjauhi Seks Bebas, Amina Hj Noor, cetakan pertama 2001, Terbitan Darul Nu’man.
8.      Falsafah dan Prinsip Perundangan Islam, Mohd Azam Hamzah, Md Akhir bin Haji Yaacob, cetakan 1989, Terbitan Universiti Kebangsaan Makaysia
9.      Kamus Dewan, Edisi keempat, Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka
10.  Jurnal Isu Undang-undang Jenayah Islam di Malaysia Dan Sejauh Manakah Perlaksanaannya, Zulkifli Hasan



[1] Jurnal Isu Undang-undang Jenayah Islam di Malaysia Dan Sejauh Manakah Perlaksanaannya
[2] Jurnal Isu Undang-undang Jenayah Islam di Malaysia Dan Sejauh Manakah Perlaksanaannya
[3] Syariah Dan Undang-undang Suatu Perbandingan, m/s 45
[4] Syariah Dan Undang-undang Suatu Perbandingan, m/s 46
[5] Undang-undang Gangguan Seksual di Malaysia, m/s 65
[6] Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat, m/s 358
[7] Undang-undang Gangguan Seksual di Malaysia, m/s 65
[8] Falsafah Dan Prinsip Perundangan Islam, m/s 98
[9] Gejala Sosial Dalam Msyarakat Islam, Punca dan Penyelesaian, m/s 76
[10] Surah An-Nisaa’, ayat 24
[11] Gejala Sosial Dalam Masyarakat Islam, Punca dan Penyelesaian, m/s 77
[12] Hadis Riwayat Imam Bukhari dan Muslim
[13] Gejala Sosial Dalam Masyarakat Islam, Punca dan Penyelesaian, m/s 78
[14] Riwayat Imam Turmizi dan Abu Dawud
[15] Riwayat Imam Bukhari
[16] Wanita, Status Sosial dan Undang-undang Islam, m/s 86
[17] Wanita, Status Sosial dan Undang-undang Islam, m/s 86
[18] Surah Al-Israa’, ayat32
[19] Wanita, Status Sosial dan Undang-undang Islam, m/s 87
[20] Surah An-Nur, ayat 2
[21] Wanita, Status Sosial dan Undang-undang Islam, m/s 87
[22] Riwayat Bukhari
[23] Wanita, Status Sosial dan Undang-undang Islam, m/s 88
[24] Undang-undang Gangguan Seksual di Malaysia, m/s 70
[25] Undang-undang Gangguan Seksual di Malaysia, m/s 71
[26] Undang-undang Gangguan Seksual di Malaysia, m/s 72
[27] Syariah dan Undang-undang Suatu Perbandingan,m/s 85
[28] Undang-undang Gangguan Seksual di Malaysia, m/s 73
[29] Undang-undang Gangguan Seksual di Malaysia, m/s 73
[30] Syariah dan Undang-undang Suatu Perbandingan,m/s 85
[31] Undang-undang Gangguan Seksual di Malaysia, m/s 74
[32] Ansuransi Syariah (Life and General), m/s 78
[33]Surah al-Baqarah: 143
[34] Surah an-Nisaa”, ayat 29
[35] Surah Al-Baqarah: 188
[36] Ansuransi Syariah (Life and General) Konsep dan Sistem Operasional, m/s 79
[37]   Undang-undang Gangguan Seksual di Malaysia, m/s 74
[38] Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim
[39] Undang-undang Gangguan Seksual di Malaysia, m/s 75
[40] Undang-undang Gangguan Seksual di Malaysia, m/s 75
[41] Undang-undang Gangguan Seksual di Malaysia, m/s 76
[42] Wanita Status Sosial dan undang-Undang Islam, m/s 116
[43] Hikmah Menjauhi Seks Bebas, m/s 104

No comments:

Post a Comment

PENGENALAN Pada dasarnya undang-undang jenayah Islam di Malaysia hanya meliputi ruanglingkup takzir. Hingga kini tiada sebarang undang-...